Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

SAMA-SAMA KITA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT YANG ABADI..!


RAYUAN SUMBANGAN UNTUK MASJID 
KG TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.





Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]





DI ATAS INI, GAMBAR-GAMBAR TERKINI PROSES PEMBINAAN MASJID KG TUEL. CEPAT!..CEPAT..! ANDA MASIH MEMPUNYAI MASA UNTUK MENYUMBANG KEPADA SAHAM DAN DUIT AKHIRAT ANDA..! WALAUPUN SUMBANGAN ANDA KECIL DISISI MANUSIA..INGATLAH, SUMBANGAN ANDA ITU AMAT BESAR DI SISI ALLAH..!



RAYUAN SUMBANGAN UNTUK MASJID 
KG TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.



4 Jamadilawal, 1431
    MABS/TAD/2010-2011/J/K KHAS/02(01)                               19 April, 2010
  


………………………………………………………..

………………………………………………………..

………………………………………………………..

………………………………………………………..


Assalamu’alaikum Wr. Wbkt.,


Y. Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/To’ Puan/Tuan/Puan,


SURAT RAYUAN UNTUK PEMBINAAN SEBUAH MASJID
DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI GUA MUSANG, KELANTAN


Syukur alhamdulillah, harapan dan impian saudara baru di perkampungan Orang Asli di Kg. Tuel, Gua Musang, Kelantan yang berjumlah 500 orang untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat sebelum Ramadhan 1431 akan menjadi kenyataan, insya’ Allah.

2.     Bangunan Masjid dan Bilik Wuhduk dan Tandas serta Rumah Ustaz telah dirancang dua tahun yang lepas dan setelah dipersetujui oleh pihak kerajaan Kelantan yang merupakan pemilik tanah, bangunan (Fasa 1) telah mula dibina pada 2009 dan kini sudah pun sampai kepada atap dengan harga kontrak sejumlah RM450,000.00.


3.     Alhamdulillah,  dengan  adanya sumbangan besar daripada Tunas Selatan Consortium Sdn Bhd sebanyak RM200,000.00 serta sumbangan daripada orang ramai melalui program Makan Malam sempena 25 tahun Masjid, syarikat-syarikat dan lain-lain, kita telah berjaya mendapat sebanyak RM350,000.00.  Ini bermakna, kami masih perlukan RM100,000.00 untuk menyiapkan bangunan Fasa 1 dalam tempoh tiga bulan.

4.     Oleh yang demikian, kami sekali lagi menghulur tangan kepada tuan/puan sesama Islam supaya menyahut permohonan di atas dan insya’Allah saudara baru kita akan dapat mendirikan solat secara berjemaah di samping akan diguna untuk kelas al Quran, fardhu ‘ain dan mereka perlu hadir kelas untuk memantapkan pengetahuan dan amalan agama Islam yang mereka retho anuti, walaupun sudah berumur dan dalam kehidupan yang dhaif di perkampungan yang terletak 21 km daripada jalan besar di antara Kuala Lumpur – Gua Musang.

5.      Sila hantar derma tuan/puan melalui cek kepada Bendahari, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, atau memasukkan ke dalam Tabung Khas yang terletak di atas masjid.

Sekian.  Terima kasih.  Wassalam.

Yang menjalankan tugas,


……………t.t…………………

(DATO’ HAJI NIK FARID BIN MOHD. KAMIL)
Pengerusi J/K Kariah
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bangsar, Kuala Lumpur



KELEBIHAN MEREKA YANG MENYUMBANG UNTUK MEMBINA MASJID.




Ketahuilah kiranya saudaraku, membina masjid itu amat besar kelebihannya berdasarkan hadith Turmudzi:

Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat beberapa hadith sumber Abu Bakar As-Siddiq, Umar, Ali, Abdullah b. Umar, Anas, Ibnu Abbas, Aisyah, Hurairah dan Jaabir b. Abdullah. Kedudukan hadith ini Hasan.

Di samping itu didapati Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Masalah: Hukum membesarkan masjid
Ya saudaraku, pada kira-kira tahun 30 Hijriyyah, Khalifah Uthman b. Affan r.a menyedari penduduk kota Madinah telah meningkat ramai di mana memerlu diluaskan Masjid Nabi SAW menyebabkan ada bantahan dariapda orang ramai dan khalifah berkata:
Sungguhnya kamu banyak membantah, sedangkan sungguhnya saya mendengar Nabi SAW bersabda, Siapa membina masjid kerana mencari keredhaan Allah pastilah Allah akan membinakan untuknya seumpamanya dalam syurga.[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Masalah: Berpahalakah membaiki masjid?
Ya saudaraku, hadith sebelum ini menunjukkan berpahala membina masjid, manakala membaikinya juga telah disahkan oleh ulama sebagai membinanya(secara mengambil pengertian yang sama). Demikian juga jika membinanya secara bergotong-royong, di mana masing-masing orang akan memperoleh pahala.

Masalah: Bolehkah pahala membina masjid secara beramai-ramai?
Berdasarkan hadith-hadith yang telah disebut yang menggalakkan membina masjid sama ada besar atau kecil. Manakala hadith yang dikeluarkan Ibnu Khuzaimah menyebut, .sekalipun sebesar sangkar burung Qutaat. Sedangkan keluasan ini amat sempit, maka menunjukkan boleh membina (atau membaiki) masjid secara berkongsi dan masing-masing akan mendapat pahala menurut sumbangannya.

Masalah: Hukum atau akibat membina masjid tanpa ikhlas.
Ya saudaraku, ruh atau jiwa bagi sekalian pekerjaan itu ialah ikhlas. Siapa membuat ibadah tanpa ikhlas, iaitu dengan riya(suka memperlihatkan) dan samah (suka memperdengarkan), maka tiadalah dia memperoleh pahala dan tidaklah memperoleh balasannya di akhirat; seperti dia ingin memasyhurkan nama dan ingin bermegah, sebagaimana kata Ibnu Jauzi, Siapa menuliskan namanya di atas masjid yang dibinanya, maka dia adalah jauh daripada ikhlas. Sebab maksud Nabi SAW ialah, Siapa membina masjid kerana Allah.

Masalah: Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia.

Monday, April 26, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Sekitar Bengkel Protokol Pengendalian Majlis Dan Kaedah-Kaedah Membaca Doa.



Bangsar, 17 April  2010- Pergerakan Kebajikan Wanita Islam Masjid Bangsar (PERWIBA) telah menganjurkan Bengkel Protokol Pengendalian Majlis Dan Kaedah-Kaedah Membaca Doa. Bengkel sehari itu telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir  100 orang peserta.

Dua orang penceramah telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja iaitu Ustaz Hj Hazman Hashim (Ketua Imam MSABA) yang membentangkan kertas kerja Kaedah – Kaedah Dan Adab Memimpin Bacaan Doa dan Ustaz Khairuddin Bin Malik (Pentadbir MSABA) yang membentangkan kertas kerja Protokol Majlis Dan Kaedah Mengacarakan Majlis.

Rata – rata peserta yang ditemui amat berpuas hati dengan bengkel yang diadakan dan majlis berakhir pada pukul 12.45 tengahari serta disudahi dengan makan tengahari.

Friday, April 16, 2010

BARISAN NERAKA



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE DUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE TIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE EMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KE LIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE ENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE LAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KE SEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KE SEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KE SEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

Wednesday, April 7, 2010

Belasungkawa : Allahyarham TUN (DR) HJH FATIMAH BT HAJI HASHIM (25 . 12 . 1924 - 8 . 01 . 2010)

TANGGAL 8hb Januari 2010 bersamaan 23hb Muharram 1431H, menjadi sejarah apabila Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang gigih, sementara Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar pula kehilangan seorang anak kariah yang banyak mencurahkan khidmat bakti dan berterusan menghulurkan sumbangan kepada dana masjid. Pada jam 11.35 malam, Yang Amat Berbahagia Tun Hjh (Dr) Fatimah Binti Hj Hashim telah kembali ke Rahmatullah dalam keadaan tenang dengan dikelilingi anak-cucu di kediamannya di Bangsar. Beliau berusia 85 tahun. 

Allahyarham Tun (Dr) Fatimah pernah berjuang menuntut kemerdekaan negara,menabur berbagai jasa bakti sejak usia muda ketika menjadi ahli politik, berusaha dengan penuh semangat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya untuk kebajikan kaum wanita dari berbilang bangsa ketika menjadi menteri wanita pertama negara, dan ketika menerajui badan-badan wanita di peringkat nasional seperti NCWO. 

Selepas meninggalkan arena politik, Allahyarham Tun Fatimah mencari ketenangan hidup bersama suami, Yg Bhg Tan Sri Abd Kadir Yusof (Allahyarham) dengan meluangkan masa menunaikan solat waktu berjemaah di masjid ini. Selain menghadiri Majlis Bacaan Yasin anjuran wanita, beliau mengikuti kelas-kelas pengajian yang diadakan di rumah-rumah kediaman di sekitar masjid. Dalam keadaan itu minat beliau timbul untuk membantu menubuhkan satu badan untuk kamu wanita sahaja bagi menyusun aktiviti yang sedia ada agar lebih mantap dan tersusun. 

Allahyarham Tun bukan sahaja pernah bergandingan dengan suami beliau, sebagai pasangan pertama menganggotai Parlimen, bahkan pasangan ini pernah sama-sama duduk semeja dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah masjid ini, membincangkan cara menyerapkan aktiviti anjuran wanita sebagai sebahagian aktiviti di masjid. Ketika itu Allahyarham Tan Sri Abd Kadir menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid ini (Beliau bertugas selama satu tahun tiga bulan, bermula pada bulan Januari 1991 dan tamat apabila beliau meninggal dunia pada bulan April 1992). 

Tun (Dr) Fatimah, (ketika itu bergelar Tan Sri) telah bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Pemulihan Persatuan Kebajikan Islam Bukit Bandaraya, dan menubuhkan. Pergerakan (Kebajikan) Wanita Islam Bangsar, PERWlBA. Di bawah pengawasan beliau PERWIBA telah membuka kuliah-kuliah pengajian Islam seperti tajwid Al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain, Tafsir Al-Quran, Tafsir Hadith dan Harfiyah. Ini diselangi dengan ceramah ceramah umum atau ceramah kesihatan untuk tujuan pembangunan wanita setempat. Beliau juga menggalakkan silaturrahim antara wanita di dalam kariah melalui kumpulan ‘Yasin’ dan Berzanji agar mereka dapat berkenalan dan saling membantu antara satu sama lain. Tun (Dr) Fatimah bertindak sebagai Penaung dan Penasihat PERWIBA .

Selama lima belas tahun (1989 - 2004). PERWIBA kini dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita Masjid. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, dan ahli kariahnya terutama dari kalangan wanita berasa terhutang budi di atas keperihatinan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga berbagai kegiatan bermanfaat dapat berjalan hingga ke hari ini demi anak kariah masjid dan menjadi contoh ikutan muslimat di masjid-masjid lain. 

Rumah No. 37 Jalan Tempinis Lucky Garden (berkembar dua tingkat) yang telah diwakafkan Kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar semenjak 1991 oleh AY Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan AY Tun Fatimah akan menjadi amal jariah mereka selama-lamanya. 

Keseluruhan hasil sewaan daripada rumah itu di masuk kepada Tabung Masjid dan juga sebagai sumbangan kepada program-program tertentu yang di persetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah. 

Nukilan: Datin Habibah Yahya 
(9 Jan. 2010/23 Muharram 1431) 

Dari Pejabat MSABA.

1. Tempat Simpan Kasut Berkunci. 
Masjid telah membeli kotak besi yang berkunci sejumlah 24 ruang dan sesiapa yang ingin mengguna kemudahan ini diminta berjumpa Pengawal Tuan Syed Jamali. Bayaran yang diterima akan dimasuk ke Tabung Masjid. 

2. Cadangan Pembinaan Masjid di Perkampungan Orang Asli di Kg. Tuel Gua Musang Kelantan. 
Kontraktor telah mula semula pembinaan masjid itu dan setakat 25 Feb. 2010, kerja-kerja yang disiapkan adalah kerja-kerja awalan, tapak konkrit untuk masjid dan rumah ustaz. 

Tabung Masjid Tuel kini berjumlah RM300.000.00 dan kita masih memerlukan sebanyak RM100,000.00 untuk keseluruhan fasa 1 ini. Sila hulurkan sumbangan Tuan/Puan melalui Tabung Derma Khas di atas Masjid atau membuat bayaran terus kepada Pejabat Masjid. 

Adalah dijangka, Masjid ini akan dapat diguna bermula 1 Ramadhan 1431. Insya’ Allah. 

Saturday, April 3, 2010

Inilah Kebesaran Allah. Subhanallah.

Lihat foto di atas betul-betul dan kaji.
Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya.
Jika diplotkan.Inilah yg terhasil.
 
Subhanallah.Foto ini saya temui dalam satu website.

Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini.
 
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya.



Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Moga ada manfaat,

Allahuaqlam, 

-terima kasih kepada Datin Dr Rahimah dan Hj Kamaralzaman.