Photobucket

Friday, March 25, 2011

GAMBAR GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN VAN JENAZAH BARU SUMBANGAN DARI BANK RAKYAT KEPADA MASJID SABA.

Tetamu dari pihak Bank Rakyat sekitar W.Persekutuan dan dari Masjid SABA

Wakil daripada Bank Rakyat yang terdiri daripada Pengurus2 Cawangan sekitar KL

Ucapan Dato' Pengerusi Masjid SABA

Al Fadhil Ustaz Hazman khusyuk membaca tentatif program.

Replika kunci

Para tetamu khusyuk mendengar ucapan

Ini lah van jenazah baru yang disumbangkan oleh pihak Bank Rakyat kepada Masjid SABA. Terima Kasih..!

Wakil dari Bank Rakyat pula memberikan ucapan

Dato' Pengerusi Masjid SABA sedang menekuni ucapan wakil Bank Rakyat

Ucapan yang menarik dari wakil Bank Rakyat

Majlis penyerahan VAN JENAZAH dari Bank Rakyat kepada Masjid SABA. Terima kasih Bank Rakyat.

Kalau ada sumbangan lagi, di alu-alukan...

Wednesday, March 9, 2011

MATEMATIK DALAM SOLAT



Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).
Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.
-kredit untuk isuhangat.net

Wednesday, March 2, 2011

MEMBANGUN SOLAT YANG BERKUALITI

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Solat merupakan tali pengikat ruhani yang sangat kuat antara seorang hamba dengan Penciptanya. Hubungan yang melambangkan ketundukan seorang hamba di hadapan Tuhannya dan keagungan Al Khaliq di hadapan hambaNya.

Solat dengan begitu jelas menggambarkan kekerdilan seorang hamba dan kebesaran Allah swt di mana ianya adalah wasilah munajat mendekatkan diri kepada Allah swt.

Solat adalah tangga ruh dan kalbu orang-orang yang merindui Allah di mana dengan solatlah :

  1. Mereka menghiasi malam di mihrab-mihrab mahabbah dan zhauq sambil menikmati nikmat dari Tuhannya yang sedang membuka tirai-tirai langit bagi orang-orang yang sedang beristighfar dan munajat.
  2. Mereka berdoa pada Tuhannya dengan linangan air mata penuh harapan dan cemas. Hati mereka terasa hangat tatkala munajat mereka panjatkan di relung-relung malam yang sunyi.
  3. Mereka menyingkap awan dan bintang gemerlapan dengan alunan panjang tasbih dan tahmid kepada Tuhan.
  4. Mereka getarkan pintu-pintu langit melalui munajat cinta yang sentiasa bergelora di titian malam yang indah.
Solat adalah tiang agama dan penyangga rusuk-rusuk dan organ-organ agama yang lain.

Jika tiang utama lemah atau hancur maka :

  1. Kelumpuhan akan segera berlaku kepada organ-organ yang lain.
  2. Kehidupan agama tidak boleh diharapkan untuk bergerak kembali.
  3. Keletihan jiwa akan merasuk.
  4. Kerapuhan ruhani akan menjadi sebuah wabak penyakit.
KEKUATAN SOLAT
Solat sangat mampu :