Photobucket

Monday, October 31, 2011

10 HARI DARI BULAN ZULHIJJAH KELEBIHAN, CIRI-CIRI DAN PENGAJARAN TARBAWI DARIPADANYA

10 HARI DARI BULAN ZULHIJJAH

KELEBIHAN, CIRI-CIRI DAN PENGAJARAN TARBAWI DARIPADANYA


PENDAHULUAN

الحمد لله الذي أنعم علينا بنعمة الإسلام، والصلاة والسلام على من بعثه الله تعالى بشيراً ونذيراً، وسراجاً مُنيراً للناس كافةً
وعلى آله وصحبه أجمعين، والتابعين وتابع التابعين إلى يوم الدين، أما بعد؛

Uniknya kehidupan seorang Muslim adalah kerana ia dipenuhi dengan amal-amal soleh, ibadah-ibadah yang disyariatkan yang menjadikannya sentiasa dalam ibadah yang berterusan; yang mengubah seluruh kehidupannya menjadi perkataan yang baik, amal yang soleh dan sentiasa maju menuju Allah yang Maha Agung lagi Tinggi, tanpa malas, futur atau terputus-putus. Ia bermakna bahawa kehidupan manusia yang Muslim itu wajib dijadikan seluruhnya sebagai ibadah, taat dan amal soleh yang mendekatkannya kepada Allah Taala, yang menghubungkannya dengan Penciptanya yang Maha Agung dalam setiap juzuk kehidupannya dan dalam setiap urusan kehidupannya.

Kerana inilah, kehidupan manusia yang Muslim itu hampir tidak terputus daripada menunaikan sejenis ibadah yang membayangkan manhaj kehidupan yang menyeluruh lagi sempurna. Sebagai contoh, dia dipertanggungjawabkan untuk menunaikan Solat lima waktu  yang diagihkan masa-masanya dalam tempoh sehari semalam, Solat Jumaat pada setiap minggu, Puasa Ramadhan pada setiap tahun, yang apabila dia telah melepasinya (bulan Ramadhan), maka dia digalakkan untuk berpuasa enam hari daripada bulan Syawal, puasa Isnin dan Khamis dari setiap minggu, puasa tiga hari dari setiap bulan, dan kemudian apabila datang sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, maka amal-amal soleh tadi diterima dengan penerimaan yang agung daripada Allah Taala.
Bukan setakat itu, malah di sana ada pula ibadah Haji dan menunaikan Manasik, Umrah, puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan Haji, kemudian puasa Hari ‘Asyura dan hari sebelumnya atau selepasnya, sebagai tambahan daripada Zakat yang diwajibkan ke atasnya, galakan untuk bersedekah dan Ihsan, memperbanyakkan ibadah Tatawwu’, dan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan kata-kata, amal atau niat, serta ibadah-ibadah lain, ketaatan-ketaatan dan pendekatan melalui perkataan dan perbuatan yang menjadikan kehidupan Muslim sebagai kehidupan yang baik, dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang berterusan, yang terikat dengannya dalam bentuk yang sentiasa baharu, sebagaimana Firman Allah s.w.t:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).”

[Asy-Syarh (94): 7]

Dalam tafsiran yang lain,

“Apabila engkau telah lapang, maka bekerjalah.”

Ini menjadikan kehidupan Muslim itu sebagai karnival

Monday, October 24, 2011

CERAMAH KHAS BULANAN (OKT) : KRISIS KEWANGAN DUNIA ; PUNCA DAN PENYELESAIAN.

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. TURUT AKAN DI TAYANGKAN 'SLIDES' YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK CERAMAH. TERUSKAN MEMERIAHKAN MAJLIS ILMU!
OPS..JAMUAN DISEDIAKAN!..DATANG ,JANGAN TAK DATANG YE..

Tuesday, October 4, 2011

Hadits-hadits tentang kasih Sayang Rasulullah

Abdullah bin Abu Bakar r.a. meriwayatkan dari seseorang katanya: “Pada suatu hari dalam perjalanan untuk berperang di Hunain, saya memakai sepatu kulit yang tebal. Saya berjalan dibelakang Rasulullah s.a.w. Karena jalan sangat sempit tiba-tiba kaki Rasulullah s.a.w. tersandung oleh sepatu saya dan terinjak dari belakang sehingga beliau kesakitan dan beliau segera memukul perlahan saja sambil mendorong saya kebelakang dengan sebuah pecut (cambuk) yang beliau pegang sambil bersabda: “Hai Fulan, engkau telah menyakiti kakiku.” Beliau (Abdullah bin Abu Bakar r.a) mengatakan: “sepanjang malam orang itu tidak bisa tidur karena dia merasa bersalah sudah menyakiti kaki Rasulullah s.a.w, dia berulang-kali berpikir dan menyesali diri sendiri, mengapa saya telah menyakiti Rasulullah s.a.w. Keesokan harinya pagi-pagi sekali seorang datang mencarinya untuk berjumpa Rasulullah s.a.w. Katanya, “saya dengan perasaan gemetar dan takut datang menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda kepada saya” “Hai Fulan! Kemarin engkau telah menginjak kakiku dan engkau telah menyakiti aku. Tapi sebaliknya aku telah memukul sambil mendorong engkau kebelakang dengan cambukku ini supaya kakiku terlepas dari kaki engkau. Aku pukul engkau perlahan sambil mendorong engkau kebelakang dengan cambukku ini, tentu aku telah menyakiti engkau. Oleh karena itu ambillah dari aku 80 (delapan puluh) ekor domba sebagai balasan rasa sakit engkau karena cambukku ini.
Tengoklah bagaimana Rasulullah s.a.w Rahmatul-lil-Alamin telah berlaku terhadap seorang hamba yang lemah itu. Beliau s.a.w sendiri merasakan sakit karena terinjak oleh sepatu sahabat itu, dan untuk melepaskan kaki beliau dari bawah sepatu sahabat yang telah menginjak itu beliau mendorongnya kebelakang dengan cambuk yang beliau pegang. Sepanjang malam beliau s.a.w berpikir mengapa aku telah memukul dan mendorong orang itu kebelakang dengan cambukku ini. Tentu ia merasa sakit oleh cambukku ini, sedangkan beliau sendiri tidak memikirkan kesakitan yang disebabkan terinjak oleh kaki sahabat itu. Bahkan beliau karena merasa malu terhadap sahabat itu dan menyesal atas perlakuan beliau terhadapnya,sepanjang malam beliau s.a.w tidak bisa tidur. Akhirnya dengan rahmat dan kasih sayangnya, beliau s.a.w memberikan 80 ekor domba sebagai ganjaran atas perlakuan beliau s.a.w terhadap sahabat itu.

Kemudian dalam sebuah peristiwa lain lagi, lihatlah bagaimana perlakuan beliau s.a.w terhadap seseorang yang datang dari sebuah kampung yang tidak tahu adab sama sekali, bahkan nampaknya orang itu tidak mau belajar bagaimana berlaku adab terhadap seseorang. Bahkan orang itu sangat bangga atas kebiasaan perlakuan kasarnya. Namun beliau s.a.w telah memperlakukannya dengan ramah-tamah dan lemah lembut terhadapnya. Anas r.a. meriwayatkan, katanya, saya sedang menyertai Rasulullah s.a.w. diwaktu itu Rasulullah s.a.w menutup leher beliau dengan sehelai kain cadar yang pinggirannya tebal sekali. Ketika orang kampung itu datang langsung menarik kain cadar itu dengan kuatnya sehingga meninggalkan bekas goresan pada leher Rasulullah s.a.w. Lalu orang itu berkata: “Hai Muhammad harta apapun yang ada yang telah Allah taala anugerahkan kepada engkau letakanlah diatas kedua untaku ini. Karena engkau tidak akan memberi kepadaku dari harta engkau sendiri ataupun dari harta orang tua engkau. Mendengar kata-katanya itu mula-mula Rasulullah s.a.w diam saja tidak menjawabnya. Kemudian beliau s.a.w bersabda :

"Harta itu memang kepunyaan Allah taala Aku hanyalah seorang hamba-Nya. Setelah itu beliau bersabda: “ Engkau telah menyakiti aku. Engkau harus memberi pembalasan sebagai ganjaran kepadaku.”Orang kampung itu menjawab: “Tidak, aku tidak akan memberi apa-apa “Beliau bersabda: “Mengapa tidak? Mengapa kamu tidak mau memberi?” Dia menjawab: Aku tahu engkau tidak akan membalas keburukan dengan keburukan”. Mendengar jawabannya itu Nabi s.a.w tersenyum, dan beliau s.a.w faham maksud perkataan orang itu. Lalu beliau menyuruh sahabat beliau untuk meletakkan buah-buah kurma dan gandum (bahan makanan) diatas punggung kedua unta orang kampung itu.

Sebenarnya orang kampung itu bukanlah orang dungu. Dia tahu betul bagaimana kepribadian Rasulullah s.a.w yang dari ujung rambut sampai ujung kaki beliau merupakan wujud rahmat, beliau pema’af, belas kasih dan penyayang bagi makhluk Tuhan. Dia yakin apapun yang akan dia minta pasti akan dikabulkan oleh Rasulullah s.a.w.