Photobucket

Monday, November 16, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN & PELANCARAN BLOG DAKWAH MSABA.

Bangsar, 15 Nov 2009 - Setelah dua tahun istiqamah dan sabar bertadarus Al Quran serta membaca tafsir setiap hari usai solat Subuh, jemaah Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar boleh tersenyum lebar kerana telah berjaya menamatkan bacaan Al Quran yang dimulakan sejak dua tahun lalu itu.

Sebagai penghargaan dan untuk meraikan para jemaah, Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq (MSABA) telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran yang diadakan usai Solat Maghrib di Dewan Solat MSABA. Turut diselitkan dalam majlis tersebut ialah Majlis Pelancaran Blog Dakwah MSABA yang dirasmikan oleh Pengerusi MSABA, Ybhg. Dato' Hj Nik Farid Bin Mohd Kamil.

Majlis dimulakan dengan program khatam Al Quran yang diketuai oleh Ketua Pentadbir/Imam MSABA, Ustaz Hazman Bin Hj Hashim. Kemudian majlis diserikan dengan ucapan Pengerusi MSABA. Ybhg. Dato' Hj Nik Farid Bin Mohd Kamil dan seterusnya Ybhg. Dato' telah merasmikan Blog Dakwah MSABA yang boleh diziarahi di http://www.masjidbangsar.blogspot.com/.

Majlis kemudian diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan gulai kawah Kelantan serta ayam goreng kampung yang ramai memuji kelazatannya. Lebih 200 jemaah yang menyertai majlis tersebut termasuk mantan-mantan Imam dan kakitangan MSABA. Di sini disertakan gambar-gambar menarik sekitar program.

THE MAKING OF MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PELANCARAN BLOG DAKWAH MSABA..







SEKITAR MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PELANCARAN BLOG DAKWAH MSABA





No comments: