Photobucket

Wednesday, December 2, 2009

KORBAN 1430 HIJRAH : JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA'..

Bangsar,02 Dis 2009 -
"Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini sebanyak 19 ekor lembu telah dimanahkan kepada Jawatankuasa Korban Masjid SABA, 16 ekor daripada jumlah tersebut telah diuruskan diperkarangan masjid termasuk seekor lembu yang disumbangkan oleh YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan. Manakala 3 ekor lagi masing-masing telah diserahkan kepada 3 buah surau dibawah pentadbiran MSABA iaitu Madrasah Tarbiah Islamiah Apartmen Putra Ria, Surau Al Islamiah Perumahan Perkarangan DBKL dan Surau AL Hijrah KTMB, Pangsapuri KTMB Bangsar Utama. Pihak Masjid SABA juga membantu menguruskan ibadah korban di Kemboja yang diwakili Imam Ismail. Sebanyak RM 32,200 telah diserahkan kepada beliau yang menyamai harga 23 ekor lembu.

Jawatankuasa Korban Masjid SABA juga merakamkan jutaan penghargaan kepada peserta korban, jemaah masjid, wakil-wakil surau, kakitangan masjid dan muslimin muslimat yang telah menjayakan program ibadah korban pada tahun ini. Semoga pengorbanan harta dan tenaga pada hari itu akan diberi ganjaran setimpal oleh Allah di akhirat kelak. InsyaAllah,"
ujar Pengerusi Masjid SABA, Dato Haji Nik Farid Bin Hj Mohd Kamil panjang lebar ketika ditemui selepas berakhirnya program ibadah korban Masjid SABA.

Program yang amat meriah dengan kehadiran ramai anak kariah Bangsar itu berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan antara program ibadah korban terbaik yang pernah dijalankan di Masjid SABA. Rata - rata jemaah dan anak kariah Bangsar yang ditemui ketika ibadah korban itu dijalankan meluahkan rasa puas hati serta gembira dengan perlaksanaan ibadah korban pada tahun ini lebih -lebih lagi pihak Masjid SABA telah menambahkan banyak peralatan baru untuk melancarkan program ibadah korban pada tahun ini.

Pihak masjid amat berharap dan berdoa semoga anak kariah Bangsar akan terus memberi sokongan kepada program ibadah korban pada tahun 1431 dan seterusnya.

No comments: