Photobucket

Thursday, February 11, 2010

CICAK Si Penjahat Kecil


DARIPADA Amir bin Saad daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas), katanya:


“Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan Baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada zaman Nabi Ibrahim berlaku satu kisah ketika baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar itu. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Burung itu menjawab:

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim. Ia dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.


-Ihsan dari www.myqalam.net

No comments: