Wednesday, June 2, 2010

PENDIRIAN MASJID SABA BERKENAAN KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG MISI LIFELINE 4 GAZA (LL4G).



Pihak Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan kedurjanaan Israel Laknatullah 'Alaih menyerang Kapal Mavi Marmara yang di dalamnya terdapat ramai aktivis kemanusiaan dalam Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G). Sesungguhnya perbuatan jahat dan melampau itu amat kejam serta tidak berperikemanusiaan. Perbuatan itu jelas menyalahi nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang ciptaan manusia apatah lagi undang-undang Allah SWT. Pihak yang berkaitan harus mengambil tindakan yang keras kepada pengganas Israel Laknatullah 'Alaih ini.

Sebagai salah satu tanda keprihatinan, pihak Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur menyeru semua pihak samada NGO, Parti politik dan sebagainya untuk melakukan solat hajat dan bacaaan qunut nazilah serta berdoa moga-moga Allah menghancurkan Israel Laknatullah 'Alaih dan Allah membantu muslimin-muslimat seluruh dunia terutamanya di Gaza.

No comments: