Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istanbul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah. ====================================================================================== Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!! Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali. Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka? Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah? Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami. Sama-sama mengingati. Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW Kongsikan bersama teman-teman. Jazakallah. - artikel ini dikongsikan oleh Tuan Haji Kamaralzaman Arshad (Mantan Bendahari MSABA, jemaah MSABA). Moga Allah merahmati beliau. |
Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur. Tel : 03-2283 3707 Faks : 03-2282 1222
Tuesday, March 23, 2010
Gambar Eksklusif Barangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment