Photobucket

Tuesday, April 12, 2011

MEMBANTU DAN DIBANTU.


Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الْآخِرَةِ
Maksudnya:
Sesiapa yang membantu menyelesaikan satu masaalah saudaranya di dunia maka Allah akan menyelesaikan masalahnya di akhirat. Riwayat Ahmad
Sebagai manusia biasa kita sering menghadapi masalah, samada dalam kewangan, kesihatan, perasaan, hubungan, pengetahuan dan berbagai masaalah lagi. Dengan menghulurkan bantuan akan membawa kepada:
-keberkatan hidup
-menguatkan ukhuwah
-menghilangkan perasaan dengki dan dendam
-pahala dan pertolongan Allah
Terdapat beberapa perkara berkaitan dengan akhlak membantu ini:
1-Suka dibantu tapi malas membantu orang lain
Sikap hanya suka dibantu tetapi amat malas membantu akan menyebabkan manusia akan menjauhi seseorang individu, ini kerana tahap amalan kebanyakan menusia ialah pada kadar memberi dan menerima dan sebahagian kecil sahaja yang mencapai peringkat memberi tapi tidak pernah memikirkan untuk menerima balasan.
2-Mengambil peluang di atas kebaikan orang lain
Sikap seperti ini akan memutuskan tali persaudaraan, menjauhkan manusia dan menghentikan sifat baik suka membantu. ini kerana kebanyakan manusia amat membenci orang yang sering mempergunakan dirinya
3-Lupa terhadap kebaikan dan tidak menghargainya
Sifat tidak menghargai kebaikan orang akan membawa bencana kepada masyarakat, ini kerana kebaikan yang tidak dihargai akan membuatkan manusia malas melakukannya, oleh itu menjadi satu amalan yang baik untik mendokan orang melakukan kebaikan kepada kita samada kecil atau besar, perkataan jazakallah khairan, allah yuinuka dan sebagainya mungkin nampak kecil pada mata manusia tetapi hakikatnya amat berharga
4-Merasa kecewa bila tidak dihargai
Bagi mereka yang menyumbang, seringkali pula syaitan membisikkan perasaan penyesalan, kehilangan dan berbagai perkara negatif untuk meruntuhkan amalan menyebarkan kebaikan. Sesiapa yang dapat bertahan dengan keikhlasan maka dia telah berjaya mengahadapi satu tipu helah musuh Allah yangt erlaknat itu.
5-Melupai Allah
Mungkin juga terjadi apabila kita dibantu, kita lupa bahawa Allahlah sebenarnya yang membantu kita, cuma Allah membantu kita dengan cara2 tertentu. Seorang yang jahil akan menerima ilmu dari Allah tetapi melalui seorang guru dan begitulah dalam perkara2 lain.
Disana terdapat pula perkara yang boleh membatalkan pahala terhadap bantuan yang telah diberikan:
1-Mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan
2-Menyakiti orang yang telah dibantu contohnya memandang hina kepada mereka.

Mudahan Allah memberkati kita dengan terus menyumbang samada dengan ilmu, harta, tenaga, masa, kepakaran dan sebagainya.





DI PETIK DARI : WACANA ILMIAH

No comments: