Photobucket

Wednesday, April 11, 2012

Teori konspirasi "The Illuminati" dunia yang wajib kita tahu

Ada di antara kita tidak tahu apakah teori konspirasi. Salah satu teori konspirasi terbesar adalah  "The Illuminati". Bagi anda yang tidak tahu tentang hal ini, Illuminati ialah nama kepada sebuah kerajaan rahsia yang diasaskan sejak 1 Mei 1776. Mereka mengikut ajaran agama yang dikenali sebagai Kabbala dan juga penyembah syaitan. Mereka percaya bahawa anti-Christ akan datang ke bumi dan akan memerintah untuk selama-lamanya. Musuh-musuh mereka yang paling besar adalah orang Islam kerana ia ditulis di dalam al-Quran bahawa anti-Christ akan dikalahkan oleh IMAM MAHDI.

Yang telah disenaraikan dibawah ini adalah antara senarai 10 matlamat yang dilakukan oleh Illuminati. Mereka mahu untuk menguasai seluruh dunia sebelum anti-Christ datang ke dunia ini. Semua senarai yang disebut di bawah adalah di antara teori konspirasi dan ianya bukan rekaan.

Perbankan

Salah satu objektif utama dan terbesar mereka adalah untuk mengawal sistem perbankan seluruh dunia dan kini kita lihat sendiri objektif mereka ini telah tercapai. Dikatakan bahawa semua sistem perbankan di dunia dijalankan oleh Illuminati sekarang. Kita lihat sekarang, kebanyakan bank-bank di dunia ini melakukan riba untuk mendapatkan keuntungan yang cepat. Mereka mewujudkan bank riba ke atas umat islam untuk mengahancurkan umat islam secara halus. Kebanyakan di antara kita ingin mencari keuntungan cepat,tanpa mengira halal haramnya, tapi sedarlah azab Allah itu ternyata pedih dan amat berat. Kecaman Allah ini amat berat, sehingga pengambil riba dikategorikan sebagai penghuni neraka dan kekal selamanya.

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [TMQ Al Baqarah(2) : 275]

Setiap mereka yang berurusan dengan riba atau mengamalkannya akan berada jauh dari rahmat Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam maksudnya:

"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Al-Imam Muslim).

Sedarlah keharaman riba adalah amat jelas, namun riba inilah yang menjadi asas struktur ekonomi kapitalis dan zionis. Apalah gunanya jikalau keuntungan yang diperoleh itu, bakal menghumbankan diri ke dalam neraka Allah kelak.

Muzik
Muzik merupakan salah satu elemen penting untuk menyampaikan mesej mereka. Hampir semua orang di atas muka bumi ini mendengar muzik moden supaya manusia menjadi lalai,terutama orang-orang islam. Apabila mendengar muzik-muzik mereka,seolah-olah rasa terpukau dengan fatamorgana dunia sehingga orang islam melanggar segala perintah Allah dan Rasul pesuruhNya.Mereka asyik dengan hiburan dunia. Kita lihat sahaja di kaca TV, hampir kesemua rancangannya hiburan yang melalaikan semata-mata.Mereka ingin membunuh jiwa-jiwa anak muda islam agar sentiasa lalai dan menjadikan artis-artis mereka sebagai idola.Kalau zaman nabi dahulu,berhala adalah patung,tapi di akhir zaman ni berhalanya adalah manusia yakni artis-artis hiburan yang menjadi idola dan pemujaaan anak-anak muda.
Kartun
Kartun merupakan salah satu cara mesej yang ingin disampaikan oleh Illuminati terhadap kanak-kanak.Semua kanak-kanak di dunia ini menonton rancangan kartun.Kebanyakan kanak-kanak terpengaruh apabila menonton kartun sehingga nak disuruh pun malas kerana mereka begitu asyik dengan rancangan kartun,seolah-olah dipukau. Kita perlu sedar Tv ni seolah-olah dajal mata satu yang memusnahkan jiwa-jiwa orang islam dari peringkat kanak-kanak lagi. Objektif Kartun ini diwujudkan adalah untuk memusnahkan jiwa kanak-kanak islam dari peringkat kecil lagi. Bila umat islam telah dihancurkan dari kecil lagi,maka mudahlah mereka untuk menghapuskan umat islam seterusnya.
Movie
Filem-filem box office yang kita lihat sekarang adalah agenda kumpulan Illuminati. Mereka menyajikan para penonton dengan pelakon-pelakon yang seksi baik lelaki mahupun wanita. Menyajikan filem-filem berbaurkan seks yang merosakkan jiwa-jiwa anak muda islam ke lembah perzinaan dan kemaksiatan. Malah kanak-kanak pun sudah pandai melakukannya. Menyihirkan jiwa-jiwa remaja dengan cinta palsu sehingga melahirkan anak-anak zina.Bila umat islam sudah lemah dan lalai dengan Perintah Allah,maka mudahlah mereka untuk menguasai dunia. Oleh itu sedarlah wahai umat islam,kita sedang dihancurkan secara halus oleh mereka.

New world order
Ya.Ia adalah daripada  kumpulan Illuminati untuk memerintah seluruh dunia melalui kerajaan yang sebenar.
Isyarat-isyarat biasa
Spider-man! Spider-Man! .Filem labah-labah manusia. Cuba kita lihat tangan Spiderman baik-baik setiapkali mengelurkan sarangnya, tanda ini adalah sama sebagai tanda syaitan.
Presiden
Dari awal hingga ke hari ini, semua presiden Amerika Syarikat dikatakan berkaitan dengan satu sama lain. Jika kita mengkaji pertalian darah mereka, kita akan dapati bahawa presidennya adalah berkaitan antara satu sama lain. Mereka ingin mengekalkan kuasa Illuminati supaya mereka boleh mengawal dunia.
Mengubah Dunia Menentang umat Islam
Islam adalah satu perkara yang menakutkan buat kumpulan Illuminati. Kenapa peristiwa 9/11 penyerangnya adalah beragama Islam? Mengapa tiada gambar yang diberikan kepada media tentang kematian Osama Bin Laden? Ini kerana tidak wujudnya Osama. Ini semua pra-rancangan Zionis  untuk mengatakan umat Islam ini adalah pengganas dan mereka telah berjaya dalam berbuat demikian. Tapi dalam tidak sedar,sejak kejadian tersebut,islam semakin berkembang di Eropah. Mereka memeluk islam kerana ingin tahu adakah islam itu pengganas,tapi setelah memeluk islam,rupa-rupanya islam adalah agama yang mendamaikan jiwa. Walau sehebat mana rancangan mereka tapi betapa Maha hebatnya rancangan Allah s.w.t.
Menyimpan rahsia tersembunyi
Objektif yang paling penting kumpulan ini adalah untuk melindungi rahsia mereka. Seseorang yang cuba untuk mendedahkan rahsia mereka berakhir dengan kematian atau hilang. Satu konspirasi yang berkisar kematian Lady Diana. Dia mahu berkahwin dengan seorang Muslim,tapi kumpulan Illuminati telah merancang untuk membunuhnya,dan berakhir dengan kematian yang menyedihkan.
Bangunan
Anda mesti sedar mengapa terdapat bangunan segitiga begitu banyak berbentuk. Segi tiga adalah salah satu bentuk tanda mereka. Jadi mereka mencipta bangunan yang berbeza dalam bentuk segitiga sebagai tanda kebiasaan dan melepaskan tenaga negatif dengan melakukan perbuatan-perbuatan buruk dalam bangunan mereka.


kredit : http://www.halimislam.com/2012/04/mari-kita-kenali-teori-konspirasi.html

No comments: