Photobucket

Thursday, March 14, 2013

Mimpi Selepas Solat Istikharah


 
Soalan:
Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajjud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita.
Maksudnya dalam solat tersebut jika memohon doa pada Allah supaya ditunjukkan jodoh kita.
Adakah memang itulah taqdir Allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?
 
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Ramai orang menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.
2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.
3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yang difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.
4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, daripada keturunan yg baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. tak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.
5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk mentakbirnya.
 
Wallahu aklam

No comments: