RAYUAN SUMBANGAN UNTUK MASJID 
KG TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.
Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
DI ATAS INI, GAMBAR-GAMBAR TERKINI PROSES PEMBINAAN MASJID KG TUEL. CEPAT!..CEPAT..! ANDA MASIH MEMPUNYAI MASA UNTUK MENYUMBANG KEPADA SAHAM DAN DUIT AKHIRAT ANDA..! WALAUPUN SUMBANGAN ANDA KECIL DISISI MANUSIA..INGATLAH, SUMBANGAN ANDA ITU AMAT BESAR DI SISI ALLAH..!
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK MASJID 
KG TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.
| 4 Jamadilawal,   1431     MABS/TAD/2010-2011/J/K KHAS/02(01)                               19 April, 2010 | 
| ……………………………………………………….. ……………………………………………………….. ……………………………………………………….. ……………………………………………………….. | 
| Assalamu’alaikum   Wr. Wbkt., | 
| Y.   Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/To’ Puan/Tuan/Puan,  | 
| DI PERKAMPUNGAN   ORANG ASLI GUA MUSANG, KELANTAN | 
| Syukur   alhamdulillah, harapan dan impian saudara baru di perkampungan Orang Asli di   Kg. Tuel, Gua Musang, Kelantan yang berjumlah 500 orang untuk mendirikan   solat berjemaah dan Jumaat sebelum Ramadhan 1431 akan menjadi kenyataan,   insya’ Allah. | 
| 2.     Bangunan Masjid dan Bilik Wuhduk dan   Tandas serta Rumah Ustaz telah dirancang dua tahun yang lepas dan setelah   dipersetujui oleh pihak kerajaan Kelantan yang merupakan pemilik tanah,   bangunan (Fasa 1) telah mula dibina pada 2009 dan kini sudah pun sampai   kepada atap dengan harga kontrak sejumlah RM450,000.00. | 
| 3.     Alhamdulillah,  dengan    adanya sumbangan besar daripada Tunas Selatan Consortium Sdn Bhd   sebanyak RM200,000.00 serta sumbangan daripada orang ramai melalui program   Makan Malam sempena 25 tahun Masjid, syarikat-syarikat dan lain-lain, kita   telah berjaya mendapat sebanyak RM350,000.00.    Ini bermakna, kami masih perlukan RM100,000.00 untuk menyiapkan   bangunan Fasa 1 dalam tempoh tiga bulan. | 
| 4.     Oleh yang demikian, kami sekali lagi   menghulur tangan kepada tuan/puan sesama Islam supaya menyahut permohonan di   atas dan insya’Allah saudara baru kita akan dapat mendirikan solat secara   berjemaah di samping akan diguna untuk kelas al Quran, fardhu ‘ain dan mereka   perlu hadir kelas untuk memantapkan pengetahuan dan amalan agama Islam yang   mereka retho anuti, walaupun sudah berumur dan dalam kehidupan yang dhaif di   perkampungan yang terletak 21 km daripada jalan besar di antara Kuala Lumpur   – Gua Musang. | 
| 5.      Sila hantar derma tuan/puan melalui cek   kepada Bendahari, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, atau   memasukkan ke dalam Tabung Khas yang terletak di atas masjid. | 
| Sekian.  Terima kasih.  Wassalam. | 
| Yang menjalankan   tugas, ……………t.t………………… (DATO’ HAJI NIK FARID   BIN MOHD. KAMIL) Pengerusi J/K Kariah Masjid Saidina Abu   Bakar As-Siddiq Bangsar,  | 
KELEBIHAN MEREKA YANG MENYUMBANG UNTUK MEMBINA MASJID.
Ketahuilah kiranya saudaraku, membina masjid itu amat besar kelebihannya berdasarkan hadith Turmudzi:
Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga
Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat beberapa hadith sumber Abu Bakar As-Siddiq, Umar, Ali, Abdullah b. Umar, Anas, Ibnu Abbas, Aisyah, Hurairah dan Jaabir b. Abdullah. Kedudukan hadith ini Hasan.
Di samping itu didapati Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Masalah: Hukum membesarkan masjid
Ya saudaraku, pada kira-kira tahun 30 Hijriyyah, Khalifah Uthman b. Affan r.a menyedari penduduk kota Madinah telah meningkat ramai di mana memerlu diluaskan Masjid Nabi SAW menyebabkan ada bantahan dariapda orang ramai dan khalifah berkata:
Sungguhnya kamu banyak membantah, sedangkan sungguhnya saya mendengar Nabi SAW bersabda, Siapa membina masjid kerana mencari keredhaan Allah pastilah Allah akan membinakan untuknya seumpamanya dalam syurga.[Hadith Riwayat Al-Bukhari]
Masalah: Berpahalakah membaiki masjid?
Ya saudaraku, hadith sebelum ini menunjukkan berpahala membina masjid, manakala membaikinya juga telah disahkan oleh ulama sebagai membinanya(secara mengambil pengertian yang sama). Demikian juga jika membinanya secara bergotong-royong, di mana masing-masing orang akan memperoleh pahala.
Masalah: Bolehkah pahala membina masjid secara beramai-ramai?
Berdasarkan hadith-hadith yang telah disebut yang menggalakkan membina masjid sama ada besar atau kecil. Manakala hadith yang dikeluarkan Ibnu Khuzaimah menyebut, .sekalipun sebesar sangkar burung Qutaat. Sedangkan keluasan ini amat sempit, maka menunjukkan boleh membina (atau membaiki) masjid secara berkongsi dan masing-masing akan mendapat pahala menurut sumbangannya.
Masalah: Hukum atau akibat membina masjid tanpa ikhlas.
Ya saudaraku, ruh atau jiwa bagi sekalian pekerjaan itu ialah ikhlas. Siapa membuat ibadah tanpa ikhlas, iaitu dengan riya(suka memperlihatkan) dan samah (suka memperdengarkan), maka tiadalah dia memperoleh pahala dan tidaklah memperoleh balasannya di akhirat; seperti dia ingin memasyhurkan nama dan ingin bermegah, sebagaimana kata Ibnu Jauzi, Siapa menuliskan namanya di atas masjid yang dibinanya, maka dia adalah jauh daripada ikhlas. Sebab maksud Nabi SAW ialah, Siapa membina masjid kerana Allah.
Masalah: Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia.





 
 
No comments:
Post a Comment