Photobucket

Saturday, July 31, 2010

Ceramah Khas Ambang Ramadhan.

Bangsar,29 Julai 2010 - Masjid SABA sekali meneruskan tradisi dengan menganjurkan program ilmiah sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Program yang mengundang salah seorang Mentor Program Imam Muda Astro, Ustaz Shahrizan Daud sebagai penceramah itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program tersebut bertemakan Ambang Ramadhan - " Mengulangkaji Amalan Sebulan Ramadhan".

Turut diadakan pada malam tersebut ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Ping Pong Tertutup MSABA dan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan AJK Baru daripada MAIWP. Turut diselitkan persembahan nasyid dan selawat daripada kumpulan nasyid Darul Quran, Kuala Kubu Baharu. Majlis yang berakhir dengan jamuan gulai kambing kawah Kelantan itu dihadiri lebih 200 orang tetamu.

Bergambar kenangan seusai Program.

Kumpulan Nasyid Yang Dijemput Khas

Muslimin Khusyuk Mendengar Ceramah

Kaum Muslimat Tidak Melepaskan Peluang Mendengar Ceramah


Ustaz Shahrizan Menyampaikan Ceramah



Johan Kejohanan Ping Pong Kategori Beregu

No comments: