Photobucket

Saturday, July 24, 2010

PROGRAM MUNAKAHAT / PERKAHWINAN SIRI 2 - ALAM PERKAHWINAN

Bangsar,13 Syaaban 1431 / 24 Julai 2010 - Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, K.Lumpur sekali lagi meneruskan kesinambungan menganjurkan program ilmiah yang terbuka kepada umum. Program bersiri Munakahat / Perkahwinan siri ke 2- Alam Perkahwinan ini adalah kesinambungan daripada program Munakahat / Perkahwinan siri 1- Sebelum Ijab Kabul yang telah diadakan dahulu. Kali ini, pihak Masjid SABA telah mengundang penceramah-penceramah hebat untuk berkongsi ilmu bersama dengan peserta program pada kali ini. Antara penceramah yang diundang ialah Prof Madya Dr Najibah Bt Md Zain (UIAM) dan Ustaz Mohd Uda Bin Kasim (Penceramah Bebas) dan Ustaz Hazman Hashim ( Ketua Imam MSABA) sebagai moderator.

Program bermula dengan perkongsian ilmu daripada kedua-dua panel dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Ternyata peserta program yang hadir amat teruja bertanyakan soalan-soalan yang terbuku dalam minda mereka selama ini. Majlis juga menerima kunjungan daripada ulama tersohor iaitu Ybhg Dato' Hj Salleh Hj Ahmad yang turut berkongsi pentas untuk sesi soal jawab. Dianggarkan lebih 100 orang peserta yang melibatkan diri dari seluruh Wilayah Persekutuan dan majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Sesi soal jawab yang amat bermanfaat.
Muslimat juga turut melibatkan diri dalam majlis ilmu.
Para panelis sedang menjawab soalan.
Peserta program khusyuk mendengar ceramah.

No comments: