Thursday, October 15, 2009

LAFAZ RUJUK SAH JIKA KELUAR DARIPADA MULUT SUAMI SECARA IKHLAS.


Soalan: Sebulan lalu saya bercerai dengan isteri dengan talak satu untuk kali pertama. Isteri tidak rela dengan perpisahan berlaku dan menyuruh saya merujuknya semula. Isteri juga melafazkan rujuk ke atas saya yang berbunyi "Saya rujuk semula dengan awak". Saya hanya mengangguk tanda setuju walaupun hati saya sebenarnya masih berbelah bahagi. Saya jadi keliru adakah sah rujuk yang dibuat isteri saya itu atau adakah sah rujuk yang saya buat walaupun dalam keadaan dipaksa. Mamat, Kuala Lumpur.

Jawapan: Rujuk adalah penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Di dalam Islam, Allah meletakkan hak rujuk di tangan suami apabila berlaku perceraian talak rajie selagi isteri masih dalam edah. Allah Taala berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 228: "Dan suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri pada masa edah mereka jika (suami) bertujuan hendak berdamai".

Saidina Umar R.A meriwayatkan, "Rasulullah SAW menceraikan Hafsah, kemudian Baginda kembali rujuk kepadanya". Menurut jumhur ulama, terdapat tiga rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).


Rukun pertama, suami hendaklah seorang baligh (cukup umur) . Tidak sah rujuk bagi suami belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk suami hendaklah kekal Islam.

Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai edah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuk itu tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk. Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh edah. Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya edah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.

Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti 'engkau' atau 'nama isteri itu' atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah pula tidak boleh digantungkan (ditaklik) dengan sesuatu. Contohnya suami berkata: "Saya rujuk awak jika awak suka." Atau: " Saya kembali kepada awak jika awak berhenti kerja."


Kewujudan saksi hanya disunatkan. Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri masih suka kepada suaminya. Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukun dan syaratnya adalah sah walaupun rujuk dibuat itu dalam keadaan bergurau.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuk nikah, cerai dan rujuk. Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.


Seksyen 51(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKI) memperuntukkan bahawa suami hanya boleh rujuk sekiranya berlaku talak rajie dengan satu atau dua talak yang tidak diikuti dengan habis tamat edah. Oleh itu suami tidak boleh rujuk jika sekiranya tempoh edah bagi talak rajie itu tamat. Dalam Seksyen 51(9) AUKI jika sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik.


Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya. Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.


Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231: "Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu menjadikan ayat hukum itu sebagai ejekan dan permainan".


Dari segi hukum rujuk, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain. Adalah makruh hukumnya bagi rujuk jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya. Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri.

Merujuk kepada kes saudara, saudara mempunyai hak untuk merujuk isteri saudara tapi hendaklah dengan tujuan baik. Kuasa rujuk di tangan saudara sebagai suami tidak kira atas kemahuan isteri mahupun kemahuan saudara walaupun isteri tidak bersetuju dengannya. Bagaimanapun, rujuk yang dibuat oleh isteri adalah tidak sah. Rujuk juga perlu dilafazkan oleh suami menggunakan lafaz yang jelas menunjukkan berlaku rujuk.


Jawapan disediakan Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) >Yusmawati Abllah

39 comments:

er said...

Assalam,
Adakah jatuh talak sekiranya suami menceraikan isteri yang masih / sedang menjalani iddah.

Anonymous said...

Jatuh talak ke2 dan stat idah lain.

ija zaf said...

Salam..tuan/puan berikut saya ingin ceritakan..suami saya telah halau saya keluar dari rumah dan dia cakap jangan balik rumah itu lagi..dia ada juga cakap tapi bukan dekat saya,dia cakap dekat mak mentua saya iaitu mak dia yang saya dengan dia sudah tiada apa2 lg dalam masa yang sama saya dengar apa yang dia katakan pada ...tapi niatnya hanya nak tengok kedegilan saya sahaja..dan dia ada suruh saya balik ke rumahnya semula..soalan saya apakah kami sudah jatuh talak ataupun kami masih lagi suami isteri yang sah??

Mohon penjelasan

fazliana said...

syukran atas perkongsian ilmu ini..tabarakAllah

Jasril Johari said...

sy dh rujuk isteri saya x perlu persetujuan dia kan maka rujuk yg iklas dari saya sah yaa???

Anonymous said...

Sah rujuk...

Azlina Hamdan said...

Salam..sy rse keliru sikit. Sy dh bcerai dan abis tempoh eddah sbulan. Msa sy dlam eddah,suami pnh rujuk cra lisan jelas n ikhlas. Skg ni sah ke rjuk suami sy? Atau kne nikah kali ke2 ntuk rujuk..

Azlina Hamdan said...

Salam..sy rse keliru sikit. Sy dh bcerai dan abis tempoh eddah sbulan. Msa sy dlam eddah,suami pnh rujuk cra lisan jelas n ikhlas. Skg ni sah ke rjuk suami sy? Atau kne nikah kali ke2 ntuk rujuk..

Kapitan said...

Assalam. Bagaimana jika seorang suami telah rujuk isteri yang dalam eddah, mengikut lisan yang jelas tetapi tidak bersama dengan niat yang ikhlas spt rujuk itu mungkin dalam situasi terpaksa atau tertekan dengan sesuatu perkara. Adakah rujuk itu sah?

Anonymous said...

assalamualaikum, saya ada pertanyaan.. saya dan bekas suami sudah bercerai talak 1 hampir 1 tahun lebih.. tetapi sekarang saya dan bekas suami ingin merujuk semula.. bagaimana proses untuk kami merujuk semula?

Anonymous said...

Salam tuan,
Saya telah melafazkan talak di mahkamah.pada hari esoknya, kawan saya bertanya dimana isteri saya.saya pun berkata “ ISTERI SAYA DI RUMAH”.

Adakah itu dikatakakan lafaz rujuk dan sah rujuknya.ketika melafazkan ayat tersebut saya memang tiada niat untuk merujuk isteri , hanya untuk memberitahu di mana isteri berada sahaja.

Sekian terima kasih

aiman syahmi said...

Salam..ustaz,boleh beri pencerahan tentang rujuk dengan perbuatan..seperti suami meniduri bekas isterinya!?

Qaseh Damya said...

Assalamualaikum,,saya ingin bertanya,,kalaw sudah bercerai dan rujuk kembali,,semase rujuk di luar kawasan makamah adekah memerlukan saksi,,dan selain dari perkataan cerai andai mengunakan kata lepas sah kew cara peceraian itu,,harap puan boleh membantu sy dalam soalan sebegini..

Liyana Atiqah said...

As-salam...
nak tanya adakah talak rajie jatuh jika kita tersebut sesudah abis haid dan selasa minggu depan , abg akan lepaskan kamu..
dan bagaimana nak ruju kembali..

terima kasih..

Unknown said...

Assalamualaikum..semalam suami saya gugurkan cerai talak 1 dalam keadaan marah tanpa saksi diluar mahkamah..selpas 4jam kami berbaik semula dan suami rujuk smula dengan bjimak..apa kh talak dn rujuk itu sah?

Sya Feeqah said...

Assalamualaikum..semalam suami saya gugurkan cerai talak 1 dalam keadaan marah tanpa saksi diluar mahkamah..selpas 4jam kami berbaik semula dan suami rujuk smula dengan bjimak..apa kh talak dn rujuk itu sah?

As said...

Suami sy telah ceraikan sy pd 10.7 8.45am.. pd 11.7 2am suami sy pulang ke rumah dan memujuk sy untuk rujuk kembali.. demi ank2 sy terima dan telah bersetubuh pd masa itu.. adakah ini dikira rujuk? Sedangkn sudah hampir sebulan suami masih belum bertemu sesiapa wali atau imam untuk lafaskan rujuk..

Puan A said...

Saya isteri yg telah dijatuhkan talaq 2 disebabkan kekeliruan suami menganggap saya bukan isterinya lagi akibat bergaduh mlm sblm mendengar keputusan rujuk Sah atau tidak. tau2 esok harinya lepas talaq Kali kedua tu dijatuhkan. Hakim putuskan "rujuk kami sah dan masih suami isteri". Ayat ini digunakan telah suami gunakan utk memberitahu 2 org yg bertanya akan status kami. Semasa sesi kaunseling, suami ada mengajukan perdamaian dan ingin baiki hubungannya dgn saya. Perbualan kami ini disaksikan oleh dua org saksi yg menasihati kami supaya jgn hentikan ketegangan ini utk elak Dr terjadinya pergaduhan lagi. Saya pun setuju. Kemudian, habis sesi kaunseling tu,saya ada tanya blk utk dptkan kepastian. Dia terus luahkan rasa kesal kpd sy berkenaan malam semalam, dan meminta maaf dgn lafaz: "I minta maaf I taktau, you masih isteri I". Saya pun maafkan dan menganggap lafaz cerai ("aku nak ceraikan kau) itu tu hanya satu ugutan dan tidak dilakukan lagi, Lepastu kami tinggal bersama semula selama 2 bulan. Dia ada menyuruh saya belajar hormat dia sbg suami, saya pula ada menyuruh dia jadi imam saya dan dia setuju solat sbg imam, dlm waktu tu kami ada tidur sekatil tapi langsung tidak bersetubuh, mulanya saya anggap mungkin dia perlukan masa utk tenang dgn apa yg berlaku, smp lah suatu masa, kami ada bertengkar lagi sehingga dia membuat tuntutan pengesahan cerai di makhamah dan telah mengaku ada niat utk menceraikan saya 2 bulan yg lalu dalam masa yg sama taknak mengaku dia pernah rujuk kembali dan hidup sbg suami isteri. Skrg ni sy btl2 taktau apa status sy yg sbnr,boleh ke suami yg pada awalnya menginginkan perdamaian, lepas 2 bulan baru nak daftar pengesahan lafaz cerai yg tak pernah dia atau saya persoalkan, sbb kami berdua tau dia tak jadi "nak" ceraikan saya lepas dapat tau saya masih isterinya. Bagi saya dia ambik xkesempatan utk memudahkan cara nak bercerai, dan dia tau saya takkan setuju dan prose's akan jadi panjang, Jadi dia saja menqasadkan niat cerai mlm tu sah dgn niat talaq, bila sy minta mohon
Dia buat pengesahan rujuk dia xmahu pula. Bolehke suami menidakkan rujuk yg dah berlaku? Apa cara yg boleh buat hakim percaya kami sudah rujuk? Bolehkah lafaz yg suami pernah debut tu dianggap sbg sighah walaupun tanpa niat? Buat pengetahuan saya terpaksa digantung dari usia mengandung 1 bulan hingga 8 bulan sbb dia lambat mendaftar pengesahan cerai dan kes kami byk tangguh sbb sy cuba mmbela kes hire peguam, dari bulan march smplah 1.8.2017 baru selesai kes talaq Kali kedua ni disahkan jatuh dlm eddah suci.

adie said...

Rujuk yg cukp rukun..dlm tmpoh eddah wlwpun tanpa persetujuan isteri adlh sah..tidak perlu nikah n mas kawen..

adie said...

Hadis nabi..3 perkara yg xboleh dibuat main adalh NIKAH, CERAI & RUJUK. Jadi dlm kes ini rujuk tersebut sah jika cukup rukunnye wlwpun suami xikhlas..

Nur Qatrunnada said...

salam, sy nak tanya sah ke talak yg dilafzakan oleh suami melalui whatsapp then selepas suami lafazkan "aku ceraikan kau, kau bukan isteri aku lg" pada pukul 2.45 ptg dan kami tidak menyatakan ingin rujuk, hari yang sama tapi pada waktu mlm dlm pukul 10.00 mlm suami lafazkan cerai secara berhadapan "aku ceraikan kau mlm nie" tapi kami masih tidak melafazkan perkataan rujuk, lalu sy keluar rumah pergi ke rumah kawan, esok hari nyaa pada waktu mlm sy mencari suami sy, lalu kami bergaduh, suami melafazkan cerai sekali lg 'aku ceraikan kau dengan talak 3, berserta saksi" . boleh tak tuan bg pencerahan yg berlaku dekat sy.

Unknown said...

Asslmualaikum ....sy ingin bertanya ..jika seorang lelaki menceraikan isteri dengan talak 1 ..dan diberi tempoh 3bulan jika mahu kembali bersama ..tetapi suami tidak mahu merujuk ...apa status mereka jika tempoh rujuk sudah tamat tempoh ..

Unknown said...

Salam,sy nak tanye ade kah sah pernikahan sy selepas sy merujuk kembali isteri sy dan bersaksi kan make memtua sy tampah ke mana2 jabatan agama.to long jelas kan segera,terima kasih...Assalamualaikum...

Syakila Lala said...

saya rujuk kmbali dengan isteri saya tpi belum habis ehdah...saya rujuk kembali tampah imam saya ka tidak

Syakila Lala said...

sah ke tak

Felicia Javae said...

Dunia ini adalah tempat yang kejam nyata. Saya telah menderita masalah Perkawinan selama 9 bulan sekarang karena tidak mengetahui sahabat saya telah menjadi penyebab utama masalah saya. Kisah saya mungkin berguna bagi Anda, mohon luangkan waktu Anda dan baca.

     Saya Ny. Felicia, saya telah menikah dengan suami saya selama 8 tahun dan kami memiliki seorang putra berusia 4 tahun. Pernikahan saya sangat indah dengan suami saya karena kami begitu saling mencintai sampai suami saya berubah secara otomatis ke arah saya dan putra saya. Dia mulai tidur larut malam dan berhenti merawatku dan putra kami
Beberapa kali saya bertanya apa masalahnya tapi dia tidak pernah punya alasan untuk kelakuan salahnya terhadap saya dan putra kami. Dia terus mengatakan kepada saya bahwa kepalanya berat dan dia lelah dengan pernikahan kami. Dia mengatakan dia ingin bercerai. Saya memohon beberapa kali dan mengingatkannya tentang kehidupan lampau kami yang indah, tetapi dia tidak pernah mendengarkan saya ataupun tangisan putra kami. Suatu hari seorang teman saya datang ke kota kemudian saya menceritakan kepadanya tentang situasi saya. Dia menghubungkan saya dengan seorang pria hebat yang disebut Dr Okosu. Dia mengatakan kepada saya bahwa pria ini telah membantunya mendapatkan mantannya kembali dan mendapatkan pekerjaan yang baik juga. Dia menyarankan saya untuk memberikan dia pengadilan. Saya menghubungi orang ini melalui emailnya: drokosu01@gmail.com
Dia mengatakan kepada saya bahwa sahabat saya adalah penyebab masalah saya. Bahwa sahabat saya menggunakan pesona cinta pada suami saya untuk menghancurkan perkawinan saya. Ohh ini membuat saya benar-benar bingung tetapi bersyukur kepada Tuhan bahwa Dr Okosu mampu mematahkan pesona dan dalam 2 hari suami saya kembali ke rumah dan memulihkan dirinya sendiri dia menunjukkan betapa dia mencintaiku seperti yang dia gunakan. Semuanya bekerja dengan sempurna dan kita semua hidup sekarang sebagai satu keluarga bahagia. Beberapa hari kemudian teman saya juga datang kepada saya untuk mengkonfirmasikan perbuatan jahatnya dan memohon pengampunan saya. Dr Okosu memintaku untuk memaafkannya dan aku melakukannya.

Saya akan terus berbicara tentang perbuatan baik Anda, Man Dr Okosu yang hebat. Dan semoga Tuhan Yang Maha Kuasa terus menggunakan Anda untuk membantu orang lain di dunia ini.

Tolong orang saya tidak menderita dalam diam, Anda juga dapat mencoba pria ini saya percaya itu akan bekerja untuk Anda seperti itu berhasil bagi saya. Ini adalah emailnya: drokosu01@gmail.com atau whatsaap +2348119663571

Dr Okosu juga bagus untuk solusi pada banyak masalah lainnya

(1) Apakah menginginkan mantan Anda kembali.
(2) Apakah Anda ingin menjadi kaya
(3) Anda ingin menemukan cinta sejati
(4) Menginginkan seorang anak.
(5) Anda ingin beruntung dalam semua yang Anda lakukan
(6) Apakah Anda ingin mendapatkan uang Anda yang hilang kembali atau mendapatkan pembayaran Anda.
(7) membutuhkan bantuan keuangan.
(8) Apakah Anda ingin mengendalikan pernikahan Anda
(9) Obat untuk penyakit apa saja.
    
Hubungi DR Okosu hari ini dan saya yakin Anda tidak akan menyesal. Email: drokosu01@gmail.com

cash loan said...

Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com

Please, do provide us with the Following information if interested.

1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………

Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839

cash loan said...


Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

Mohd Shahrul Shah said...

Jika masih dalam tempuh iddah.Suami puan telah rujuk dgn puan.adakah puan terima rujuk dari suami puan.jika puan terima rujuk dari suami maka sah lah rujuk itu.pergi ke jabatan agama daftar rujuk..

Mohd Shahrul Shah said...

Menurut sa'ad ibn musayyab,hassan al basri,ibn sirin,Ato Abi Rabah,Al-Awzai'e,Sufyan At Thawry,sah rujuk persetubuhan itu dggn syarat si suami ada niat rujuk semasa persetubuhan itu berlaku.

Mohd Shahrul Shah said...

Mengikut dari hukum perkataan cerai talak 1 sudah sah,akan tetapi suami puan telah rujuk dengan puan rujuk perbuatan adalah juga sah.

Mohd Shahrul Shah said...

W'slm wbt.jika tempoh iddah sudah habis maka dengan ini puan digelar janda dan suami di gelar duda.pergi ke jabatan agama islam ambil surat pengesahan status jika tiada rujuk kan dibuat.

Mohd Shahrul Shah said...

Jika tuan sudah rujuk dengan isteri dan isteri terima rujuk tuan.pergi ke jabatan agama islam untuk daftar rujuk.

Mohd Shahrul Shah said...

Jika suami puan telah melafaz kan sebanyak 3 kali maka perceraian itu adalah sah.buat permohonan di mahkamah syariah dan fail kan kes tersebut.

Mohd Shahrul Shah said...

Menurut cerita puan ini,rujuk dengan perbuatan atau dengan kerelaan puan adalah sah.saa'd ibn musayyab,hassa al basri,ibn sirin,ato abi rabah,sah rujuk persetubuhan itu dengan syarat si suami ada niat rujuk semasa persetubuhan itu berlaku.

Mohd Shahrul Shah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

Anonymous said...

waalaikumsalam..rujuk sah dibuat dalam tempoh iddah shj. jika tmat tmpoh iddah, perlu buat akad baru means nikah kli kdua la tu..waalahualam

Anonymous said...

Tuan, sy dah suami sah bercerai talak 1..dalam tempoh iddah, suami ada wassap dgn ayat, jom kita rujuk dan saya setuju. Tapi dia tak pernah lafaz secara lisan. Bila kami bergaduh, dia tak mengaku pernah lafaz rujuk dan tiada niat utk rujuk. Tetapi kami ada bersama. Adakah rujuk kami sah mengikut hukum?